UMNO dalam bahaya.

Sejak dahulu, kehadiran MCA hanya menyusahkan. MCA tidak ada kekuatan di kawasan majoriti Cina. Menang mudah di kawasan majoriti, demand begitu tinggi. Kehadiran MCA dalam BN hanya menampakkan UMNO lebih berwarna. Itu sahaja.

MCA hanya menyusahkan UMNO, kerana undi Melayu berpecah.Tanpa MCA, UMNO akan terus kuat, lebih-lebih lagi jika UMNO bersama PAS. Kehadiran MCA tidak banyak membantu UMNO. Menyusahkan ada. Justeru, dalam mendepani PRU15, UMNO mesti bertegas. Jangan layan MCA seperti anak emas lagi.

Jika tidak UMNO akan menyesal. PRU15 tidak menjanjikan UMNO BN akan mendapat kerusi Parlimen sebegitu banyak seperti sebelumnya. Jika majoriti kerusi Parlimen yang dimenangi tidak banyak berubah seperti PRU14, kedudukan UMNO tetap bahaya, meskipun ada akta lompat parti. Akta lompat tidak menjamin MCA akan kekal setia.

– Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah